"Sabarlah emak, Siti nak ke KL bekerja kilang sebab emak. Nak tolong emak. Dah lama emak susah," Siti menangis menahan rasa.
Setibanya di rumah sewa di KL, hampir 30 kali sehari beliau menghantar SMS kepada emak di kampung.
"Mak, Siti dah makan. Mak dah makan?"
"Mak, tadi Siti beli baju baru!"
"Mak, Siti nak tidur ni."
Demikianlah minggu pertama.
Bulan kedua pun begitu.
Bulan ketiga, Siti bertemu dengan Ahmad.
Daripada 30 SMS sehari kepada 30 hari hari sekali SMS!
"Maaf mak, tadi Siti sibuk kerja banyak syif"
Sibuk dengan Ahmad, si 'buayafriend' yang cinta dua bulan mereka berjaya memadamkan cinta 20 tahun emak Siti di kampung.
Kisah 2 :
"I kerja untuk you, sayang!" kata suami membawa pulang cincin belah rotan buat isterinya. Semasa itu, gainya RM 800 sebulan.
"I kerja untuk you, sayang". Ulang suami sambil membawa cincin solitaire untuk isteri yang dikasihi. Gaji sudah meningkat RM 4000 sebulan.
"I RASA NAK BUKA 'CAWANGAN' BARU LA SAYANG". Kata suami membawa 'payung emas' berupa surat izin untuk ditandatangani sang isteri. Gaji itu sudah mencecah RM 10,000 sebulan.
Bukanlah poligami isunya, tapi mengapa semasa bergaji RM 800, kerjanya untuk isteri, tetapi setelah mencecah RM 10,000, sudah bercadang membuka cawangan?
Kedua- kedua kisah ini bukanlah berdasarkan kejadian sebenar, tapi banyak benarnya!
Awal-awak tujuan itu, akhir- akhir tujuan ini pula!
Ini semua sebenarnya adalah kesan dari niat dalam perbuatan.
Bekerja kerana emak itu adalah bekerja atas satu tujuan yang berada di luar kita. Semakin jauh tujuan itu ditinggalkan, semakin pudar kesannya terhadap kerja kita. Samalah apabila bekerja kerana isteri yang juga tujuannya yang berada di luar kita. Impak yang sama apabila jauh ditinggalkan.
Sudahlah kerja untuk emak dan isteri susah, apatah lagi untuk AGAMA, BANGSA DAN NEGARA?!
Itulah sebenarnya isi kandungan pesanan Nabi kita tentang niat:
"sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada niat". -Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Niat itu bukan hanya soal menentukan dosa atau pahala, niat itu adalah titik mulanya sebuah amal. Silap saja sikit mula-mula, muncullah silap besar nanti dan akan bertambah besar berikutan dengan peredaran masa.
Bekerja kerana isteri, isteri merana. Bekerja kerana emak, emak merana.
Justeru....
Manusia itu dicipta oleh Allah sebagai makhluk yang percaya. Dia akan bertindak mengikut apa yang dipercayainya. Percaya itu diletakkan di dalam jiwa. Percaya tinggal di dalam, amal pula di luar. Demikian amalannya menjadi imej kepada dalamnya. Pabila dalam dibetulkan, maka di luar pun betullah.
Sebab itulah hanya satu sahaja yang sejahtera diangkat menjadi percaya. Bekerja KERANA ALLAH. Why?
Kerana Allahlah, kita tidak lupa menjaga kebajikan emak. Kerana Allahlah, kita sentiasa ingat akan keperluan isteri dan keluarga.
So...
Tahukah anda, dari awal-awal lagi Islam sudah mengajar kita memulakan kerana DIA?
Diajar memulakan segala sesuatu dengan lafaz BISMILLAHI RAHMANIRRAHIM.
"setiap perkara penting yang tidak dimulakan dengan Bismillah, maka perkara itu terputus."
(Riwayat Abu Daud, al-Nasa'ie, Ibn Majah dan Ibn Hibban daripada Abu Hurairah.)
No comments:
Post a Comment