Thursday, June 21, 2012

Nak bergambar pun berpada-padalah!

Al kisah ustaz yang selesai menyampaikan ceramah tentang cinta.

 

"Ustaz, assalamualaikum!" seorang gadis mencari peluang berjumpa ustaz.

"err...waalaikumussalam", jawab ustaz itu.

Gadis itu mula sesi bersoal jawabnya dengan ustaz itu. Kemudian....

"pak cik, saya nak bergambar dengan ustaz, tolong ambilkan gambar kami?!", ujar gadis itu meminta tolong seorang pak cik untuk menangkap gambarnya.

Dia segera duduk rapat. Ustaz itu pula segera bergerak menjauhkan diri kerana takut tersentuhnya. Ia adalah sesuatu yang tidak patut, apatah lagi untuk 'diabadikan' dalam sebuah foto!

"okey, terima kasih pak cik. Terima kasih ustaz! Assalamualaikum!". Kata gadis itu sambil melambai tangan kepada mereka.

Ustaz itu mula bercerita masalah menangkap gambar yang tidak enak ini.

" sesungguhnya, saya tidak suka apabila ramai Muslimah mahu bergambar bersama (kalau teruna zaman sekarang ni, lain pula difikirnya!). Yang beramai-ramai itu satu isu, yang solo itu lagilah! Mahu sahaja saya menolak mentah-mentah. Tapi tak tergamak untuk mengaibkannya di khalayak ramai.

Sekadar peringatan sahaja. "panggillah kawan-kawan yang lain!"' saya cuba mengelak bergambar solo dengan perempuan. Kadang-kadang saya terpaksa tarik sahabat saya atau mana-mana mahasiswa bergambar bersama."

 

Sesungguhnya, ustaz itu bukannya seorang artis, bukan selebriti dan bukan sahaja apa-apa yang anda fikirkan. Ustaz itu seorang lelaki, Muslim yang bukan mahram bagi perempuan selain ahli keluarganya.

Ketahuilah anda, bahawa syaitan tidak kira siapa kita, ustaz ke, cikgu ke. Dia akan sentiasa menjadi PIHAK KETIGA dalam sekeping gambar yang menghimpunkan dua insan yang berlainan jantina bukan mahram ini bersama.

 

So, wahai Muslimah....elakkanlah bergambar solo dengan mana-mana lelaki bukan mahram anda, bauk dengan ustaz atau sesiapa sahaja.

So, wahai Muslim...elakkanlah bergambar dengan mana-mana perempuan yang bukan namanya ibu, adik-beradik perempuan atau opah wan anda. IA MENYALAHI ADAB, ADAT DAN SYARIAT KITA.

 

Kenapa perlu niat KERANA ALLAH?

Kisah 1 :

"Sabarlah emak, Siti nak ke KL bekerja kilang sebab emak. Nak tolong emak. Dah lama emak susah," Siti menangis menahan rasa.

Setibanya di rumah sewa di KL, hampir 30 kali sehari beliau menghantar SMS kepada emak di kampung.

"Mak, Siti dah makan. Mak dah makan?"

"Mak, tadi Siti beli baju baru!"

"Mak, Siti nak tidur ni."

Demikianlah minggu pertama.

Bulan kedua pun begitu.

Bulan ketiga, Siti bertemu dengan Ahmad.

Daripada 30 SMS sehari kepada 30 hari hari sekali SMS!

"Maaf mak, tadi Siti sibuk kerja banyak syif"

Sibuk dengan Ahmad, si 'buayafriend' yang cinta dua bulan mereka berjaya memadamkan cinta 20 tahun emak Siti di kampung.

 

Kisah 2 :

"I kerja untuk you, sayang!" kata suami membawa pulang cincin belah rotan buat isterinya. Semasa itu, gainya RM 800 sebulan.

"I kerja untuk you, sayang". Ulang suami sambil membawa cincin solitaire untuk isteri yang dikasihi. Gaji sudah meningkat RM 4000 sebulan.

"I RASA NAK BUKA 'CAWANGAN' BARU LA SAYANG". Kata suami membawa 'payung emas' berupa surat izin untuk ditandatangani sang isteri. Gaji itu sudah mencecah RM 10,000 sebulan.

Bukanlah poligami isunya, tapi mengapa semasa bergaji RM 800, kerjanya untuk isteri, tetapi setelah mencecah RM 10,000, sudah bercadang membuka cawangan?

 

Kedua- kedua kisah ini bukanlah berdasarkan kejadian sebenar, tapi banyak benarnya!

Awal-awak tujuan itu, akhir- akhir tujuan ini pula!

Ini semua sebenarnya adalah kesan dari niat dalam perbuatan.

Bekerja kerana emak itu adalah bekerja atas satu tujuan yang berada di luar kita. Semakin jauh tujuan itu ditinggalkan, semakin pudar kesannya terhadap kerja kita. Samalah apabila bekerja kerana isteri yang juga tujuannya yang berada di luar kita. Impak yang sama apabila jauh ditinggalkan.

 

Sudahlah kerja untuk emak dan isteri susah, apatah lagi untuk AGAMA, BANGSA DAN NEGARA?!

 

Itulah sebenarnya isi kandungan pesanan Nabi kita tentang niat:

 

"sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada niat". -Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

 

Niat itu bukan hanya soal menentukan dosa atau pahala, niat itu adalah titik mulanya sebuah amal. Silap saja sikit mula-mula, muncullah silap besar nanti dan akan bertambah besar berikutan dengan peredaran masa.

Bekerja kerana isteri, isteri merana. Bekerja kerana emak, emak merana.

Justeru....

Manusia itu dicipta oleh Allah sebagai makhluk yang percaya. Dia akan bertindak mengikut apa yang dipercayainya. Percaya itu diletakkan di dalam jiwa. Percaya tinggal di dalam, amal pula di luar. Demikian amalannya menjadi imej kepada dalamnya. Pabila dalam dibetulkan, maka di luar pun betullah.

Sebab itulah hanya satu sahaja yang sejahtera diangkat menjadi percaya. Bekerja KERANA ALLAH. Why?

Kerana Allahlah, kita tidak lupa menjaga kebajikan emak. Kerana Allahlah, kita sentiasa ingat akan keperluan isteri dan keluarga.

So...

Tahukah anda, dari awal-awal lagi Islam sudah mengajar kita memulakan kerana DIA?

Diajar memulakan segala sesuatu dengan lafaz BISMILLAHI RAHMANIRRAHIM.

 

"setiap perkara penting yang tidak dimulakan dengan Bismillah, maka perkara itu terputus."

(Riwayat Abu Daud, al-Nasa'ie, Ibn Majah dan Ibn Hibban daripada Abu Hurairah.)

 

Wednesday, June 20, 2012

Wahai Anak, jangan kau lupa!

Pesanan utk semua yg bergelar anak. . .

Suatu ketika Umar al-Khattab dan beberapa orang sahabat melihat seorang perempuan mendukung seorang lelaki tua. Lalu beliau bertanya kepada perempuan itu, "Apakah perihalnya kamu ini?"

Perempuan itu menjawab "Yang kudukung ini adalah ayahku. Dia sudah tua (nyanyuk) dan mahu bermain denganku. "

Umar al-Khattab teruja dengan kejadian itu lalu berkata " wahai sahabat, lihatlah perempuan ini. Dia telah menunaikan hak bapanya ke atas dirinya.

Perempuan itu membalas, "tidak ya Amir al-Mukminin. Aku belum menunaikan hak bapaku ke atas diriku. Semasa dia menjagaku ketika kecil, dia mendoakan panjang umurku. Tetapi semasa aku menjaganya ketika dia tua, aku tertanya-tanya bilakah orang tua ini akan mati?!"
 

Apa salahku untuk terima musibah ini?

Manusia tidak lari daripada ditimpa musibah seperti insan terdekat meninggalkan kita, tidak mendapat 10 A dalam SPM, adik tidak mahu mendengar kata, pasangan yang bergaduh etc.

Ketahuilah kamu, hal ini berkait rapat dengan soal sama ada kamu ini betul-betul membenarkan DEFINISI KITA SEBAGAI HAMBA itu, dengan ikhlas atau tidak...dalam erti kata lain, kita mengaku je ade tuhan dan kita ni hamba, tapi bila diuji dengan kesusahan, kita merungut, kata APA SALAHKU untuk terima semua ini???

Ketahuilah kamu, garis yang memisahkan antara manusia yang berlaku baik dengan seorang manusia yang ikhlas dalam kebaikannya amat tipis.

Maka, datanglah ujian yang tidak disangka-sangkakan, UNTUK MENZAHIRKAN KEIKHLASAN ITU.

 

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata :'Kami beriman!', sedang mereka tidak diuji?". (Al-Ankabut)

 

Maka lelaki soleh difitnah zina, isteri solehah dikhianati suami, suami soleh dikufuri isterinya, anak soleh disakiti ibu bapa, lelaki yang bertaubat ditinggalkan teman wanitanya,...

Ketahuilah kamu bahawa ALLAH SEDANG BERBICARA KEPADAMU, menyedarkanmu, bahawa...

hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna.

Apa itu HAMBA?

1) HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.

maksudnya: bayangannya adalah macam ni...

"Mak kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak mak cik untuk buat rendang ya!" pinta seorang pengusaha ternakan kambing kepada seekor kambing betina tua yang terpinga-pinga. Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak?......

TIDAK! Hakikatnya, emak kambing ke, ayah kambing ke, anak kambing ke, semuanya adalah milik pengusaha ternakan itu. Kuasa mutlak ada padanya. Samalah dengan konteks antara kita dengan Allah.


 

"katakanlah: siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka menjawab: Allah! Maka katakanlah: mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya?". (Yunus 10:31)

 

2) HAMBA sentiasa sedar dirinya layak diuji.


 

3) HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.

 

Akhir kata, segala kesusahan yang anda terima, ada hikmah di sebaliknya. Seperti kata Mufti Menk, "when good things come to you, SAY ALHAMDULILLAH, and when bad things come to you, SAY ALHAMDULILLAH. That is the true Muslim!"

 

 

Monday, June 18, 2012

Kelebihan umat Rasulullah -epilogue

Apabila dibandingkan dengan Nabi Adam...

Nabi Adam berkata "Sesungguhnya, Allah telah memberi 4 kelebihan kepada umat Muhammad...

  • Taubatku(nabi Adam) hanya diterima di Makkah, sementara taubat umat Muhammad diterima di mana-mana

  • Pada mulanya, aku berpakaian, tetapi apabila aku membuat derhaka terhadap Allah, maka Allah telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah memberi mereka pakaian.

  • Ketika aku telah berderhaka kepada Allah, maka Allah telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad berbuat derhaka, Allah tidak memisahkan isteri mereka.

  • Memang benar aku telah berderhaka kepada Allah dalam syurga, dan aku dikeluarkan daripadanya, tetapi umat Muhammad derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah
Kesemua ini adalah untuk kita membuat refleksi diri...andai kata kita bukanlah umat Muhammad, saya rasa tidak ramai mampu memainkan peranan sebagai Muslim sepenuhnya....




Masihkah kamu tidak menganggap Muhammad sebagai idola kamu?

Setelah mengetahui semua ini?

Ketahuilah nabi kita banyak pengorbanan dibuat untuk umatnya...

Untuk itu, nantikanlah prologue-nya....










Wasiat Rasulullah kepada puterinya, Fatimah Az-Zahra

Walaupun wasiat ini spesial untuk puteri Rasulullah, ianya untuk semua Muslimah juga.

  • Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melenyap keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.

  • Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.

  • Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang bertelanjang

  • Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak.
( Minum air telaga ini merupakan pemberian daripada "Ar-Rahim" Allah terhadap hambaNya di akhirat. Dengan meneguk air daripada telaga ini org2 beriman dpt menghilangkan dahaga sdgkan org2 kafir dan seumpamanya tidak mendpt sebarang kurniaan Allah. Hanya mereka yg benar2 beriman dgn akidah yg tulen dan beramal soleh, mukmin dan bertakwa sahaja yg dapt menghirup air telaga Kautsar. Lihatlah begitu mudahnya wanita mendapat meneguk air telaga Kautsar!) 

  • Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan di atas adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda kepadamu, maka AKU TIDAK AKAN MENDOAKANMU. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

  • Ya Fatimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya 1000 kebaikan serta menghilangkan 1000 keburukan. Ketika wanita berasa sakit untuk melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan PAHALA PARA PEJUANG DI JALAN ALLAH. Jika dia melahirkan kandungannya, maka BERSIHLAH DOSA-DOSA SEPERT KETIKA DIA DILAHIRKAN dari kandungan ibunya. Bila dia meninggal dunia ketika melahirkan maka DIA TIDAK MEMBAWA DOSA SEDIKIT PUN. Di dalam kubur akan mendapat taman-taman indah yang merupakan SEBAHAGIAN DARI TAMAN SYURGA. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan 1000 ORANG MELAKUKAN IBADAH HAJI DAN UMRAH DAN SERIBU MALAIKAT MEMOHON KEAMPUNAN BAGINYA HINGGA HARI KIAMAT.

  • Ya Fatimah, tidaklah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya 1000 kebaikan. Allah memberikan kepadanya pahala 100 KALI BERIBADAH HAJI DAN UMRAH.

  • Ya Fatimah, tidaklah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

  • Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA YANG TELAH LALU DAN YANG AKAN DATANG.

  • Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suami dan menyikatnya, meminyakkan janggutnya dan memotong misainya serta memotong kukunya melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudah sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian dari taman-taman syurga. Allah membenaskannya dari seksa neraka serta melintasi Titian Sirat dengan selamat.
 

Wasiat Rasulullah kepada Saidina Ali

Walaupun wasiat ini khas untuk Saidina Ali, namun ia juga boleh diambil sebagai panduan untuk semua Muslim
  • "wahai Ali, bagi orang Mukmin ada 3 tanda iaitu
Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia,
Tidak terpesona dengan pujuk rayu,
Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

  • Wahai Ali, bagi orang alim ada tiga tanda iaitu,
Jujur dalam berkata-kata
Menjauhi segala yang haram
Merendahkan diri

  • Wahai Ali, bagi orang jujur itu ada tiga tanda iaitu,
Merahsiakan ibadahnya
Merahsiakan sedekahnya
Merahsiakan ujian menimpanya
  • Wahai Ali, bagi orang yang bertakwa itu ada tiga tanda iaitu,
Takut berlaku dusta dan keji
Menjauhi kejahatan
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

  • Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada tiga tanda iaitu,
Mengawasi dirinya
Menghisab dirinya
Memperbanyakkan ibadah kepada Allah

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Ali berkata "Pada hari perkahwinanku dengan Fatimah, Rasulullah bersabda kepadaku, mengutarakan 13 wasiat khusus untukku iaitu,

  • Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (bilik mandi) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia akan mendapat laknat.

  • Wahai Ali, janganlah engakau memakai cincin pada jari telunjuk dan tengah. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh Kaum Lut

  • Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hambaNya yang melafazkan istighfar,
Allah berfirman, sesungguhnya hambaKu ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikatku, jadilah saksi bahawasanya Aku telah mengampunkan dia"

  • Wahai Ali, takutilah engkau daripada dusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan diletakkan oleh Allah sebagai pendusta dan bahawasanya yang benar itu memutihkan muka dan diletakkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawa benar itu berkat dan dusta itu celaka.

  • Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu domba. Bahawasanya orang yang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

  • Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan namaNya.

  • Wahai Ali, janganlah engkau bercita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

  • Wahai Ali, takutilah engkau dari membantah dan berkelahi dengan memaki hamun dan bersumpah seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

  • Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencungkil gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah. Mencungkil gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa makanan pada celah gigi tidak dicungkil selepas makan.

  • Wahai Ali, janganlah engkau merasai rasa marah. Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan serta kesabaran Allah ke atas hambaNya. Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

  • Wahai Ali, perhitungkanlah kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau,nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

  • Wahai Ali, apa yang engkau dibenci pada diri engkau sendiri, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasihkan pada diri engkau, maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau. Hendaklah engkau berlaku adil dalam setiap hukuman. Maka dengan demikian, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

  • Wahai Ali, elokkan perhubungan antara masyarakat jiran sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekalliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya diletakkan darjat yang tinggi bagi engkau.

  • Wahai Ali, peliharalah pesanan dan wasiatku. Insya-Allah engkau akan mendapat kemenangan dan kelepasan.